Pertemuan yang tak dijangka
Pertemuan dan perpisahan itu semua telah ditetapkan.
Siapa sangka kita akan bertemu dengan orang yang ada dalam life kita sekarang pada masa itu, ditempat itu dan dalam keadaan itu. Siapa sangka?
"Everything happen at the right time, at the right moment"
And that was the right time we met. Siapa sangka orang yang dulunya macam takde hala tuju, meleweh leweh akhirnya jadi org yang memotivasikan aku sekarang haha tulaaaaa..
"Never underestimate people"
Orang kata apa
"Dont judge a book by its cover"
Kan dah kena! Rupanya orang yang kau tengok macam biasa- biasa tu la yang ilmunya penuh di dada. Maafkan aku haha aku tak sengaja.
Sebenarnya, kadang-kadang setiap benda yang jadi dalam dunia ni adalah asbab tertentu untuk kita. Dan kau jadi asbab untuk jentik hati aku kembali semula ke jalan Dia. Walah! To be honest, dulu aku boleh dikatakan baik but something happened yang telah mengubah aku. Aku cuba untuk firm atas jalan dakwah tapi aku terlalu salahkan diri sendiri dan aku rasa aku malu, tak layak semua benda lah. Buat aku tangguhkan niat aku. Okay, percaya tak yang
"Action speak louder than words?"
Yeah. Itu yang dia buat! Dia secara tidak sengaja mengajar aku melalui perbuatan dia. Err lebih tepat aku yang secara tak sengaja terperhatikan gerak geri dia haha. Tapi tak stalk ehh haa bukan stalker no no! Aku dah lama lost diri aku. Takde keyakinan, menyendiri (alahh! poyonya haha), kurang motivation. Tapi dia selalu pesan dengan acah cool
"Kau boleh buat. Aku percaya kau boleh buat. Kalau bukan kau yang percaya, siapa lagi?"
Tapi macam biasa tak kan lah nak tunjuk yang aku dengar cakap dia kan. Well, buat muka kerek ah apa lagi. hah! Tapi dia tak pernah marah atau terasa. Instead, dia senyum/gelak. Apa yang kelakar tah. Sabar eh kau ni?
Okay, pernah satu masa ni dia dapat layanan buruk dari seorang hamba Allah ni. Layan dia dengan layanan tak sepatutnya. Bagi aku rude. Yes, dia tak marah. Tapi aku marah! Aku paling pantang bila ada orang cakap elok2 tapi orang layan macam taik. Cuba fikir sikit perasaan orang lain. Elak kena tumbuk je. Aku marah tapi aku diam lah. Dah tuan badan releks, tak kan aku nak lelebih ken. Aku tak tau la cemmana dia boleh sabar. Lama jugak aku moody(hahaha emo!) Tapi dia cakap
"Kau tau tak.. bagi aku, kita tak sepatutnya treat people like how we have been treated." Dia cakap dengan tenang dan aku tunjuk reaksi 'huh? Asal pulak?'. Muka paling menyampah sekali lah grrr. Bengang ah macam ni! Kalau asyik jadi baik je nanti kena pijak ah! Tapi aku tunggu explaination dia dulu. Kita bagi chance. Sila sila saya menanti hujah anda.
"Aku percaya semua orang dalam dunia ni baik. Cuma environment and circumstances yang dia hadapi menjadikan dia macam tu. Jadi aku rasa dia tak layak untuk dapat layanan yang sama macam yang dia buat. Sebab tu bukan salah dia. Ada something yang buat dia jadi macam tu. Sama macam kau.. mesti ada something yang jadi sampai kau jadi kasar macam ni kan?"
Aku tersentap. S.E.R.I.O.U.S sentaaaaaappp. Okay. Okay. You got your point. Okay. Kau tembak aku eh haha kuangsam! Mindset aku berubah sikit. So banyak lah kan persoalan2 yang otak aku generate. Sebab tu ke Allah suruh be kind to all? Sebab tu ke rasulullah pun baik dengan semua even ramai buat jahat dekat dia?
Aku makin selesa kawan dengan dia. Dia tak pernah downgrade orang lain. Bagi dia semua orang ada kelebihan masing masing.
"Aku buntu. Aku tak tau keputusan yang aku buat betul ke tak."
"Kenapa kau buat keputusan ni?", Dia tanya. Aku diam..
"Keputusan semua dekat tangan kau. Kau kena fikir benda ni baik tak untuk kau? Kau terlalu fikirkan orang lain. Sayang diri kau dulu"
Bukan terlalu fikir. Aku sebenarnya terlalu nak puaskan hati semua orang supaya semua orang happy. Tapi rupanya aku salah. Aku kena fikir diri sendiri juga kadang. Kan? Oh! Ada sekali tu kan.. Aku pernah cakap nak jadi femes tau haha
"Hahaha kenapa nak jadi femes? Kau tak perlu pun jadi femes."
"Biar lah! Jadi femes boleh buat paid review. Boleh jadi kaya!" *eksaited*. Mentaliti budak sekarang. Sebab tu ramai yang buat benda benda mengarut untuk femes. Mungkin?
"Haha kau tak perlu pun femes dekat dunia. Cukup la nama kau femes dekat langit."
Kata dia macam biasaaaa dengan tenang. Mungkin cuba untuk perbetulkan mentaliti kolot aku.
"Uhukk!" Bergegar jantung! Rasa macam kena tumbuk. Gila ahh setepek dia bagi! Kurang asam!
"Bila kita letak harapan kita dekat manusia kita akan kecewa. Letak kepercayaan and harapan kau dekat Allah okay? Jangan lupa doa 'Ya Allah jadikan bakal suamiku mencintaiMu sebelum dia mencintaiku. Kau cari balik diri kau yang hilang. Apa2 luah dekat Dia. Tau? Jaga diri."
Okay! I will! Thank you sebab tak jemu nasihat aku. "Kau tak penat ke asyik nasihat aku benda sama? haha" "Taklah, sebab manusia memang mudah lupa. So aku akan bagitahu kau sampai kau ingat."
Ya Allah, terima kasih.
Comments
Post a Comment